Monday, August 23, 2010

RAMADHAN...

” Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa ”
Ramadhan....
citer psl bulan ramadhan ni..

 
 Allah S.W.T. berfirman:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ.

"Wahai orang-orang yang beriman,  kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana puasa itu diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa".


apa kelebihan bulan ramadhan ni?
          
Assalamualaikum.......
 Pertama sekali,alhamdulillah ,syukur kehadrat Allah S.W.T.krn kita masih lg dberi k'smpatan utk menikmati bulan ramadhan kali ini.Menyentuh tentang bulan ramadhan..sebenarnya terlalu bnyk utk diceritakan...bnyk kelebihan2 yang Allah bagi pd kita..seperti yg semua org sedia maklum,bulan ramadhan ini bukan setakat menahan lapar dan dahaga,namun kekuatan iman kita sendiri dlm menahan nafsu serta dalam pelaksanaan perintah Allah...

  Sebelum bercakap soal kelebihan di bulan puasa ini ,inginlah ana katakan soal bazar ramadhan...Tak dinafikan ramai yg sukakan bazar ramadhan..ana pun suka..tp kadang2 yg kita suka itulah m'bawa kerugian terhadap diri kita jika tiada pengawalan yang sepatutnya.Kadang2..kita beli air..sekali beli 3 bungkus,dgn air sirap,air tebu,air itu,air ini...tp sape yg nk habiskan semua tu???..Bukankah membazir namanya...haaa..ishk3 rugi3x~

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya”

(Surah al-Isra', ayat 27).







ni sebagai contoh je...jgn tergugat iman ye..
         
haa...tengok2 indah mata memandang ..sedap memang sedap....
tapi AWAS..jgn terlebih ye
ksimpulannya >>> mkn tu berpada2..ok


Berbalik soal kelebihan bulan ramadhan....
haaa...org yg puasa je yg dpt k,,x pose x bleh.!






~ mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Semua amal anak Adam dilipatgandakan kebaikan (pahala) dari 10 hingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Adapun puasa itu adalah untuk Allah dan Dia akan terus memberikan pahala kepada sekelian.” (Hadis Riwayat Muslim)  

~mendapat dua kegembiraan...
  Rasulullah s.a.w. bersabda : “Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali     ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla Berfirman : “Melainkan puasa, kerana ianya untukKu dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanan keranaKu”. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan : Kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Misk (minyak wangi kasturi). (Riwayat Bukhari dan Muslim)

~ memberi kesihatan kpd tubuh bdn...

   berpuasa dapat merehatkan sistem penghadaman dlm tubuh bdn ...

~ menghapuskan dosa2 lalu...
Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya :Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.(- HR Imam Nasai’e, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Baihaqi-)

 ~ melatih diri berakhlak mulia...

   
~melatih diri dlm pengurusan masa...

Rasulullah SAW bersabda: Sahur itu seluruhnya berkat, karena itu janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya dengan seteguk air, karena Allah dan malaikat-Nya memberi salawat kepada orang-orang yang makan pada waktu sahur. (H.R Ahmad)

sunat melambatkan sahur..tp jgn slh sangka,bkn melambatkan waktu bersahur smpi dh masuk waktu subuh..hehe..
Dari Anas r.a, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:  “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.”  (HR Bukhari & Muslim)

segera  berbuka apabila msuk wktu b'buka...
Dari Sahl bin Sa’d r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:  “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.”  (HR Bukhari & Muslim)

dipendekkan cerita terlalu bnyk kebaikan2 yg akn kita peroleh....
jadi.................tingkatkan amal ibadah...sama2lah kita meraih maghfirahNya

slmt menjalani ibadah puasa
  
 








PuASe...jGn tak puAsE...
  sekian...
wassalam~