Friday, November 12, 2010

PeSaNaN dArI sEoRaNg dOkToR


Pesanan buat anak-anak yang sedang atau bakal mengikuti kursus Perubatan ( dan juga ibu bapa mereka!)
Oleh Dr Harlina Halizah Siraj
 
 
Sedikit pesanan ini dinukilkan oleh seorang yang pernah menjadi pelajar perubatan ( 1986-1991), sudah bergelar doktor selama lebih 19 tahun, menjadi pakar O&G dan pendidik kepada ribuan pelajar perubatan selama 13 tahun. Namun belum berpeluang menjadi ibu kepada seorang pelajar perubatan lagi setakat ini.
 
Anak-anakku,
 
Kalian sebenarnya bertuah dipilih Allah SWT mempelajari satu bidang yang amat besar faedah dan manfaatnya buat manusia dan dunia. Apapun yang mendorong kalian membuat keputusan menjadikan bidang ini pilihan, kalian sudah sampai di sini! Betapa ramai rakan kalian yang mengidamkan kerusi yang kalian duduki sekarang ini.
 
Harapnya, dorongan itu bukanlah semata-mata mahu mencuba nasib, memenuhi hajat dan hasrat kedua ibu bapa dan keluarga yang mahu seorang bergelar `Doktor’ dalam salasilah keturunan, ataupun ingin sentiasa bersama dgn rakan karib lain yang kebetulan juga mendapat tawaran yang sama!
 
Melihat betapa berlumba-lumba kalian merebut tempat di sekolah perubatan, rasanya seperti ada kempen ` Satu Keluarga Seorang Doktor’ lagaknya.
 
Jangan kalian terkejut nanti – dengan realiti pengorbanan yang mesti kalian lalui.
 
Perubatan adalah satu lapangan yang perlukan komitmen pembelajaran sepanjang hayat. Kalian sendiri yang perlu mencetus keghairahan mahu menuntut ilmu, bukannya hanya berharap dan bergantung sepenuhnya kepada tenaga pendidik yang menunjuk ajar. Kalian akan mulai mendengar perkataan ` self-directed learning- SDL’, student-centred education, life-long learning, community-based learning, inter-professional learning dll.
 
Pengajar kalian bukan hanya professor dan pensyarah perubatan, malahan yang bergelar pesakit itulah yang paling banyak mengajar dan memberi tunjuk ajar. Para jururawat adalah mentor yang paling berpengalaman dan perlu diberi penghormatan.
 
 
Yang paling utama, akhlak kalian – menjadi pembeza utama antara pengamal perubatan yang mulia dan doktor  yang  angkuh. Bertuahlah bagi kalian yang sememangnya sudah berbekal dgn didikan sempurna, penuh budi bahasa, tata tertib dan sopan santun yang tinggi semenjak dari rumah lagi. Malanglah kalian yang serba kekurangan dalam aspek ini, sekalipun kalian begitu cerdas mengumpul deretan `A+’ dalam transkrip keputusan peperiksaan saban semester.
 
Untuk para ibu dan ayah kepada anak-anak yang bergelar pelajar perubatan,
 
Mohon dipastikan kalian sudah menyediakan anak-anak kalian dengan baik dan sempurna – terutamanya dalam aspek rohaniah dan akhlaqiah mereka. Mereka akan menjadi doktor perubatan – bukan calang-calang profesyen!  Pastikan mereka menjadi pengamal perubatan yang tawadhuk dan sentiasa berhubung erat dengn Rabb.. Selitkan doa yang tidak pernah kunjung padam setiap masa dan ketika, moga Allah SWT memberi bimbinganNya buat anak-anak ini.
 
Sekiranya kalianlah menjadi SEBAB utama anak-anak berada di sekolah perubatan hari ini, sedangkan itu bukan keinginan dan minat mereka sendiri, bersedialah untuk meminta maaf kepada mereka – terutamanya jika mereka akan berhadapan dgn kesukaran dan keperitan memenuhi hajat dan cita-cita kalian itu. Sokong dan dokonglah mereka sehingga ke akhir nanti – kerana cubaan dan dugaan yang perlu anak-anak ini hadapi bukanlah setakat semasa dalam latihan sahaja, malahan yang lebih mencabar adalah ketika terpikul di bahu mereka tanggungjawab dan amanah yang berat apabila bergelar doktor nanti!
 
InsyaAllah, kalian akan sentiasa dilindungi Allah SWT dari segala bencana selagi mana penggantungan hanyalah kepada Allah semata-mata.

9 Pesanan buat doktor (Al-Syeikh Walid bin Rasyid Al-Su’aidan)

  1. Bertakwa kepada Allah dan menunjukkan rasa takut padaNya
  2. Ikhlas kerana Allah dalam melakukan kerja
  3. Bersikap lemah lembut dengan pesakit dan menerima perkataan dan perbuatan yang kurang wajar daripada mereka
  4. Berusaha bersungguh-sungguh mengenal pasti penyakit dan tidak hanya bergantung kepada penjelasan pesakit sahaja
  5. Sentiasa memohon pertolongan daripada Allah dalan setiap keadaan
  6. Sentiasa menjadi contoh dan teladan kepada rakan sejawat dan pesakit (beradab dalam pergaulan)
  7. Tidak menumpukan kepada ilmu doktor sahaja, hendaklah mengetahui ilmu syarak berkaitan bersuci dan solat pesakit
  8. Tidak berkhalwat dengan pesakit wanita
  9. Doktor wanita hendaklah beriltizam dengan sifat malu dan sentiasa menjaga batas-batas syarak

http://drcd2009.wordpress.com/

Wednesday, November 10, 2010

Ya Allah ...jika aku jatuh cinta...



Ya Allah..jika aku jatuh cinta..
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan 
cintanya padaMu...
                                             agar bertambah kekuatanku untuk menyintaimu...


Ya Muhaimin...
jika aku jatuh hati...izinkanlah aku menyentuh hati
seseorang yang hatinya tertaut padaMu..
agar tidak terjatuh aku
kedalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana..
jika aku jatuh hati...
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dariMu...

Ya Rabbul Izzati...
jika aku rindu..rindukanlah aku pada seseorang
yang merindui syahid dijalanMu...

Saturday, November 6, 2010

sebuah bingkisan ...


“Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki”

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan. Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi? Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias pribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa. Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.

Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku. Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.
Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita solehah yang lain, dilamar lelaki yang bakal dinobatkan sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tujuan yang satu.
Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu `Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati juataan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dimubazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk begitu. Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari ridha Illahi. Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku.
Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.

Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga. Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya. Cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.

syukran buat akhi Abu Hanifah yang sudi berkongsi note penuh makna nih..

Sunday, October 3, 2010

Biarkan pena menulis.. cinta palsu ATAU cinta yang sebenar2nya

CINTA PALSU
 Saban hari ana memerhati....
dikatakan selalu,sentiasa,hari2 boleh dilihat...
kisah cinta monyet yang anak2 muda zaman kini tergila-gila..
dimana2 saja..dipelosok dunia..mesti timbul
wajah dan diri mrka yang seolah2 hanyut dalam dunia cinta 
tak mempedulikan org disekeliling..sampai ibu bapa terabai
dibiarkan meminta2 sedikit belas dan simpati bagai memanggil anak mrka kembali
kembali???
ya kembali dari dunia angan2 ..
angan2 tinggi yang menghancurkan..
cinta yang berbelakangkan kasih syg iblis...
terutama si ank gadis
hah mcm mne tu???
cinta yang bermula dari sebuah perkenalan...
tak kiralah dr mna2 pun..facebook,twitter,myspace..or dr mmber2
lps tu minta no fon..ala kononnya utk merapatkan ukhwah ..


si gadis dgn perasaan teruja mulalah ada perasaan syok sendiri(^_^)
kemudian dengan Bermurah Hati..memberikan no fon beliau..
"UNTUK MERAPATKAN UKHWAH SESAMA INSAN"
si jejaka memulakan "first step"
memberikan msj2 Islamic utk mengaburkan mata si gadis..

2 hari kemudian..........

mesej diterima lagi...kali ni si jejaka memulakan step yg agak2 slow..
"Assalamualaikum...dah solat ke?

sigadis membacanya dgn perasaan terharu..(6_6)terharu..
 dpt lagi msj..
"dah makan ke"

si gadis membalasnya...
..sehinggalah mesej2 yang diterima balas..entah keberapa ribu kali sampai sanggup menghabiskan
duit semata2 ingin bermsj dengan llki tersebut...

kemudian si gadis mula ada keinginan utk bersembang lagi dgn si jejaka
kali ini setiap hari
setiap jam,

kemudian setiap minit..hingga timbul perasaan rindu..nauzubillah
perangkap syaitan sgt hampir..

perasaan rindu yg membuak2 akhirnya mengangkat keinginan utk call
ya call..

si gadis mula terpikat mendengar suara si jejaka
timbul pula perasaan ingin berjumpa
 ok termeterai sudah temu janji ditempat yg tlh ditetapkan..
si gadis mula lah mengenakan busana yg indah,cantik..
mengenakan perfume berbotol2 habisnya..
menghiaskan diri bak miss world...
mengenakan kasut tumit yg baru ...
.
wah baru..haa..semuanya baru..semata2 utk bertemu si jejaka idaman..
duit dihabiskan..tak kisah berapa ribu pun duit dibakar..asal puas hati..
puas hati..bagus ank2 sekarang..
mak ayah minta seringgit pun nak ke dihulur..alahai dah sah2 tergolong anak derhaka..

kemudian si ank gadis keluar tanpa menceritakan hal sebenar pd mak ayah..
kononnya..ingin study group..em..tak pun utk keluar dgn kawan2
satu lagi dosa..menipu mak ayh..kan tak berkat hidup..
kemudian dgn langkah penuh gaya..si gadis bertemulah jejaka yang "baru dikenali"
ditempat yg dijanjikan..

bertemulah kedua2nya dengan orang ketiga iaitu iblis yg sentiasa berusaha menyesatkan
manusia di muka bumi ni..

kemudian bertentangan mata kedua2 nya..
pandangan ala2 shock current..
hati masing2 terpaut..

kemudian si jejaka mula memasang perangkap
kononnya tertinggal brg di hotel penginapannya..
mengajak si gadis ikut sama..
mulanya si gadis menolak ..akhirnya tewas jua dek pujuk rayu si jejaka..
dgn langkah kiri..kedua2 mrka akhirnya terjebak 
dalam dosa besar yang tinggal menanti hukum Hudud dilaksana..

si ibu ayah mula resah memikirkan anak mereka yang ditatang bagaikan minyak yg penuh
yang disangka intan permata
yang dianggap mutiara berharga..
namun hanya serpihan kaca tak bernilai..
siibu ayah yang kecewa..ditimpa penyakit
dan sakit hati yg teramat
"bagai kaca terhempas ke batu" ishk3
 kasihan ibu dan ayah si gadis..
dihina dan dicaci org ramai..
semuanya gara2 si ank gadis yg tak bersyukur..

akhirnya..si jejaka melarikan diri..
meninggalkan si gadis..
si gadis kecewa sehingga stress thp terakhir..
namun apa yg tinggal..
segalanya berakhir..
sigadis memulakan hidupnya dgn era kegelapan...
nauzubillah..
cinta dari iblis yang membunuh




CINTA YANG SEBENAR2NYA

cinta yang dinanti2kan ..
setiap insan yang mengharapkan redha Allah...




si gadis memulakan pengajian di sebuah institusi pengajian di Universiti Al-Azhar,
Kaherah,Mesir...
dalam perjalanan pulang dari kuliah..
si gadis terserempak dengan hamba Allah yang 
tiada penglihatan(dugaan)bersama isterinya.........
kedua2nya sudah tua..
TIBA-TIBA..
terjatuh barang2 dari tangan mereka ..
dicari2 nya barang2 yg terjatuh

kemudian dtg seorang jejaka yg berhati mulia..

tidak sanggup melihat hamba Allah
yang dalam kesusahan..
diangkatnya barang2 itu..lalu memimpin tangan
hamba Allah yg tiada penglihatan..sambil si isteri menunjuk 
arah rumah mereka..
kedua2 mereka tersenyum melihat si anak muda yg sebegitu rupa..

si gadis yang melihat kejadian itu merasa gembira,,sedih,,terharu,,
bersyukur..

melihat kebaikan si jejaka..

keesokannya....

si gadis secara tidak sengaja menjatuhkan buku yang ada ditangan seorang pemuda..
ohh..rupa2nya pemuda yang sama
yang dilihatnya kelmarin...
sigadis meminta maaf berkali2..
si jejaka hanya tersenyum melihat si gadis yang resah
takut dimarahi..
si pemuda tidak kisah sama sekali...

si gadis pulang dgn hati yang masih resah...

keesokannya lagiii...

                                     si jejaka ternampak si gadis yg tidak sengaja menjatuhkan
                         bukunya semalam ...aurat ditutup sempurna..berpurdah..
                                 dan nmpk seperti di kalangan baik2..si jejaka cuba untuk
                                                     
                           berta'aruf   dgn si gadis...setelah beberapa tahun menjadi "sahabat "....
                                     si jejaka akhirnya meluahkan isi hatinya pada si gadis..
                                     dari hati yang penuh ikhlas...
                                
                              si gadis seperti menerima...
                si jejaka pula meminta izin untuk bertemu
                                ibu bapa si gadis..
                             kedua2nya pulang ke Malaysia..
           setelah meminta izin dan persetujuan dari ibu bapa masing2..
                                                  
                           termeterai sudah ikatan pertunangan...
                     tdk berapa lama...berlangsunglah ikatan sah
                                       yang diredhai Allah...
                                            kedua2nya
                              hidup berlandaskan syariat Islam...
                                                    
                                               BARAKALLAHU  LAKUMA....(^_^)




















Friday, October 1, 2010

Muhasabah Diri.......


 Kena hayati lirik nasyid ni...
mesti..mesti..mesti.........(6_6)


Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

syahdu hati bila bermuhasabah diri...huhuh
 hinanya diri ni ,sgt kerdil disisiNya..
tapi itulah lumrah manusia..
tak lokek dlm melakukan dosa...

muhasabah diri ...
satu cara yang baik untuk mendekatkan diri kita dgn Allah S.W.T.
mengingatkan kita pd dosa2 lalu..

dosa sama ada kita sedar atau tdk..

dosa pd Allah..

Allah berfirman yang bermaksud: 
Dan sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya; dan sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada Hari Kiamat kelak); kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna. 
(al Najm: 39-41)

dosa pd Rasulullah..

Firman Allah Taala yang bermaksud:
Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan rasulNya, maka Allah melaknati mereka di dunia dan di akhirat dan menyediakan bagi mereka azab seksa yang hina.


dosa pd ibu bapa...

ayat 36, daripada surah an-Nisa’ yang bermaksud:
“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada orang tua (ibu bapa).”
                             


dosa pd suami..

Dalam hadis  Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda
bermaksud:
“Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?” Baginda menjawab : “Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya.”
(Riwayat Muslim)




dosa pd makhluk2 Allah...

astagfirullahhalazim..
terlalu bnyk dosa yg kita lakukan
tak terhitung nilainya...
apa ,siapa..
yang akan menyelamatkan kita diakhirat nnt??
Ya Allah..


muhasabah diri kita...
pernahkah sekali,mahupun sedikit cuma
kita melakukan larangan Allah?


muhasabah diri kita...
pernahkah sesekali...sesekali,
kita terlanjur memperkecilkan sunnah Rasulullah..?


muhasabah diri kita...
pernahkah sekali,mahupun sedikittt
kita derhaka pd ibu bapa,tak mendengar kata..?

muhasabah diri kita...
pernahkah sekali,mahupun tidak jauh2 lagi
kita menghampiri zina..?

muhasabah diri kita...
pernahkah kita
memperlekehkan saudara2 kita,rakan2..?

muhasabah diri kita...
pernahkah sesekali...
kita merungut akan ujian yg Allah timpakan pd kita..?
pernahkah kita..?

sama2 kita muhasabah diri..(T_T)